Wednesday, July 31, 2013

Coretan buatmu, teman..

Assalamualaikum w.b.t..

     Sahabat, hari ini aku mampu berdiri di sini memendam sejuta perasaan dek ketabahan  luar biasa yang aku perolehi dariNya. Seumur hidupku belum pernah aku menyayangi seorang sahabat sepertimu dan seumur hidupku jua belum pernah aku disakiti seorang sahabat sepertimu. Kesakitan ini belum pernah ku rasakan dari mana2 atau sesiapa pun. Aku tidak mengerti pada mulanya. kenapa mesti hatiku sakit sebegini? kenapa mesti engkau yg perlu aku sayang? kenapa mesti engkau yg perlu aku letakkan sepenuh kepercayaan? kenapa mesti engkau yg harus menghulurkan salam persahabatan? kenapa mesti engkau yg hadir dalam hidupku? Sungguh. aku memang tidak mengerti. berhari2 aku menangisi ujian ini. berhari2 aku tertanya2 kenapa mesti engkau? Tapi akhirnya Allah tunjukkan jua kepadaku makna di sebalik semuanya..

     Sungguh aku tidak pandai berkata2. aku tidak menegur dengan bersemuka. aku hanya pandai melahirkan segala2nya melalui coretan seperti ini. pengecutkah aku? ya. aku mmg pengecut. Aku takut melihat wajahmu tatkala aku meluahkan segalanya. aku takut jika aku tidak dapat mengawal perasaanku dan menyakiti hatimu dengan kata2ku. aku takut aku kehilangan kata2 ketika aku berhadapan denganmu. ya,aku sungguh takut. sekurangnya jika aku menulis, aku masih ada peluang untuk membetulkan ayatku sekiranya ia terlalu kasar atau terlalu emotional. engkau mungkin tidak mengerti tetapi memang ini yg ku fikirkan. mmg telah menjadi kebiasaanku sejak dari dulu lagi,beginilah caraku meluahkan perasaanku kepada teman2ku. aku tidak pandai berkata2. jauh sekali ingin menzahirkan perasaanku dengan bersemuka. aku hanyalah insan biasa sepertimu yg mempunyai banyak kelemahan jua. tidakkah kau sedar tentang hakikat itu?

     Masih ku ingat lagi detik pertama persahabatan kita. engkau menelefonku dengan tangisanmu yg masih berbaki mengadu kepadaku tentang masalahmu. sungguh aku terkejut. kenapa mesti aku yg kau cari? kenapa bukan orang lain sedangkan kita tidak rapat pun pada ketika itu. tapi akhirnya persoalan ku terjawab jua tika kau memberitahu hanya aku di fikiranmu pada ketika itu. kata kau, hati kau yakin bahawa akulah yg dapat menolong kau pada ketika itu. kau juga berasa selamat setelah engkau meluahkan segalanya kepadaku. sungguh aku gembira kerana dapat membantumu. mungkin ini petunjuk yg Allah beri buat engkau dan aku. bermula dari situlah kita mula bersahabat. mula berkongsi segala cerita. mula meluahkan bermacam2 perasaan. mula berkongsi suka dan duka. mula mengenali kelemahan dan kekuatan masing2. aku mula berubah sejak daku mengenalimu. engkau mungkin tidak tahu. tetapi setiap kali bila engkau bertanya kepadaku mengenai agama,sungguh hatiku tersentuh. biar pun ia cuma perkara basic tapi aku sangat tersentuh. umurku sudah mencecah 20-an tapi itu tidak bermakna aku harus mengabaikan perkara2 basic. kerana engkau aku mula perbaiki diriku. kerana engkau aku mula solat di awal waktu. kerana engkau aku mula perbanyakkan solat berjemaah. kerana engkau aku mula menjaga auratku. sungguh aku suka. ini diriku yg dulu yg telah lama hilang. tapi disebabkan engkau, aku mampu mengembalikannya. terima kasih sahabat. aku doakan semoga satu hari nanti, kau juga mampu untuk melakukan perubahan ini. sungguh aku bersyukur kerana Allah hadirkan engkau di sisiku.. sungguh aku sayangkan ikatan persahabatan ini..

     Sayangnya, kepercayaan itu mula terhakis dek orang ketiga. Perasaan cemburu, iri hati dan buruk sangka mula wujud. aku tidak mengerti mengapa. Aku mula terfikir adakah benar percintaan akan merosakkan sebuah persahabatan? tetapi mengapa aku dan sahabat2 yg lain biasa2 sahaja? tetapi mengapa dengan engkau perasaan itu harus wujud? dugaan apakah ini? dugaan demi dugaan mendatang. pada mulanya kita mampu bersabar tapi akhirnya kita kecundang jua. kata2 mu terlalu menyakitkan. dan perbuatanku pula disalah ertikan. sahabat, ketahuilah. tika aku marah, tika aku sedih, aku lebih suka mendiamkan diri dari berkata2. aku bimbang sekiranya aku berkata2, kata2 yg tidak sepatutnya yg keluar. aku seorang yg suka memendam. aku tidak suka menyusahkan sahabatku dengan masalah yg ku anggap remeh. bukan perangaiku juga untuk meburukkan sahabat ku di hadapan org lain. cukuplah hanya aku,dia dan Allah yg mengetahuinya. ya aku salah. salah kerana tidak jujur kepadamu. salah kerana tidak mengerti perasaanmu. ku sangka tidak perlu diluahkan segalanya kerana air muka rakanku perlu dijaga. tapi tidak ku sangka hatimu sakit. maafkan aku sahabat. aku sangka aku mampu pertahankan perhubungan ini tapi tidak. luka itu terlalu dalam. sakit itu terlalu pedih. aku tidak tahu bagaimana ingin diungkapkan semua ini. aku tidak tahu bagaimana untuk membuat engkau mengerti. kau mempunyai sejarah yg tersendiri tapi engkau tidak belajar dengan kesilapan masa lalu. kini, kau ulanginya lagi.

     satu harapanku buat mu sahabat. andai satu hari nanti perkara yg sama berulang, usahlah dikau sia2kan sahabatmu. ianya sesuatu yg terlalu sukar untuk dicari ganti. jika engkau mencari orang yg sempurna di dunia ini.,percayalah kata2 ku. engkau tidak akan menjumpainya di mana2 pun. terima kasih di atas memori ini. terlalu indah untuk digambarkan. Allah hadirkan engkau dalam hidupku untuk mengajarku sejuta erti. erti persahabatan dan juga erti perpisahan. sehingga kini aku masih belum dapat melupakan kenangan itu. hatiku sakit sahabat. sangat sakit. tapi aku sentiasa berdoa semoga Allah ikhlaskan hatiku memaafkan mu dan engkau juga ikhlas hati memaafkanku. aku doakan kebahagiaanmu di dunia dan akhirat. aku berdoa semoga Allah pertemukan kita di syurga.. terima kasih sahabat kerana hadir dalam hidupku.. :)




Monday, May 27, 2013

Lets change!

Assalamualaikum w.b.t..

Lamanya tak update blog..last update masa awal2 masuk USM..masa tu semangat berkobar2 nak cerita pasal med school..but then, semangat tu semakin lama semakin tipis gara2 penat belajar..fed up? mungkin. give up? no way! Allah bagi peluang untuk aku tunaikan impian aku takkan nak give up mcam tu ja kot..semua nie pasti ada hikmah..yakin dgn Allah! :)

Entry kali nie bukan nak cerita pasal med school lagi tapi pasal mentaliti masyarakat sekarang ni..hah? knapa tiba2 nak cerita pasal ni? saja..dah lama perhatikan betapa sempitnya minda kita..penuh dengan negative thinking instead of positive, right? Once kita diajar pasal sesuatu yg buruk, sampai mati kita akan ingat. tapi kalau benda baik, lepas dua hari pun belum tentu masih boleh ingat..

Benda paling common yg kita biasa dengar, ''dakwah tu kerja budak2 yg dok sekolah agama @ maahad tahfiz''..seriously? kalau macam tu macam mana dengan ayat2 ni?

Firman Allah S.W.T. :

وَادْعُ إِلَى رَبِّكَ إِنَّكَ لَعَلَى هُدًى مُسْتَقِيمٍ

“Maka serulah kepada Tuhanmu. Sesungguhnya engkau berada di atas petunjuk yang lurus.” (Al-Hajj 22: 67)

Allah S.W.T. berfirman lagi:

وَادْعُ إِلَى رَبِّكَ وَلَا تَكُونَنَّ مِنْ الْمُشْرِكِينَ

“Dan serulah kepada Tuhanmu dan janganlah engkau termasuk orang-orang yang musyrik (mempersekutukan Allah).” (Al-Qasas 28: 87)

Seluruh umat Islam termasuk di dalam perintah ayat-ayat ini. Sebab apa? sebab basicly, perintah Allah kepada rasulNya adalah juga perintah Allah kepada umatnya kecuali ada pengecualian. Tetapi, di sini tiada sebarang pengecualian dari perintah Allah supaya mengerjakan tugas dakwah. Ayat2 lain yg memerintahkan secara direct umat Islam untuk menjalankan amar makruf nahi mungkar ada banyak kat dalam al-Quran. Dalam hadis pon ada.
Firman Allah S.WT. :

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنكَرِ

“Orang-orang yang beriman lelaki dan orang-orang yang beriman perempuan setengahnya menjadi pembantu bagi yang lain. Mereka menyuruh dengan ma’ruf dan melarang daripada yang mungkar.” (At-Taubah 9:71)

Rasulullah S.A.W bersabda,

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

"Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran hendaklah ia mencegah kemungkaran itu dengan tangannya. jika tidak mampu, hendaklah mencegahnya dengan lisan, jika tidak mampu juga, hendaklah ia mencegahnya dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman." (H.R. Muslim)

Semua orang sebenarnya boleh jadi da'ie..dekat mana2 saja dan bila2 masa pon..boleh mula dgn diri sendiri dulu lepas tu baru orang sekeliling..persoalannya, berapa ramai yg nk jadi da'ei sebenarnya? alasan paling common yg kita selalu dengar ''aku ni belajar sekolah biasa ja..ilmu bab2 agama ni bukan bnyak pon..setakat basic boleh la..aku sendiri pun tunggang langgang..tak mau arhh jadi da'ei..budak2 skolah agama tu la sepatutnya jadi da'ei..ilmu depa bnyak''.. hurmm..tak cukup ilmu di dada? boleh belajar kan? ustaz bnyak..malah,zaman skrg nk tuntut ilmu sgt senang..dekat YouTube bnyak ceramah2, buku2 agama bnyak jual kat kedai buku..boleh kan bljar guna cara tu kalau dah malas sgt nk pi cari cikgu.? ya.,mmg belajar dgn guru tu lebih bagus tapi sebagai permulaan, boleh ja mula dgn cara macam tu..kita ni kadang2 bukan xdak masa, cuma diri sendiri yg malas nk menghadiri majlis2 agama..malas nk mencari ustaz @ustazah untuk menuntut ilmu..masa nk tengok running man ada..takkan la masa nak dengar ceramah tak dak..betul kan? kita ni alasan ja banyak tapi usaha tak tera mana pun..nak sampaikan dakwah tak perlu berkopiah, tak perlu berjubah..semua orang pon boleh jadi da'ei..anytime, anywhere..tak susah..kat blog boleh, kat facebook boleh,kat twitter pon boleh..kat mana2 ja yg mudah bagi kita..bila kita sampaikan dakwah,kita bukan tegur orang sekeliling ja tapi kita juga tegur diri sendiri jugak..those words will reflect back to you and help you to improve your own self at the same time just like killing two birds with a stone.. :)

       

Benda common jugak yang orang selalu sebut ialah ''alaahh..belajaq ja kat mana2 pon
sama ja..tgok budak skolah agama,ngaji agama pandai2 tapi ramai ja yg mengandung anak luar nikah..tgok budak UIA, pi kelas pakai jubah pakai tudung labuh, sebenaqnya bukan baik sgt pon,,nak tutup yg dalam perut tu ada baby..budak UIA pun ramai ja yg mengandung anak luar nikah''.. aku nak tnya sikit boleh? mmg kat dunia ni budak skolah agama dgn UIA ja ka yg mengandung anak luar nikah? and apa kaitan jubah dan tudung labuh dengan mengandung?? -_-
masalah kat sini, kita dari kecik lagi diajar yang budak skolah agama semua mesti baik! tak boleh buat salah sikit pun..kalau dia buat salah mmg teruk gila lah budak tu..kalau budak skolah biasa buat xpa sebab dia xbelajaq agama tinggi2 macam skolah agama. alahai...adik,kakak,abang,mak cik,pak cik,.budak skolah agama pun boleh buat silap..kami bukan maksum..semua orang boleh buat silap..jgn la pandang status skolah agama ka apa..semua orang sama ja..kalau hari ni kita nampak orang tu baik, tak semestinya dia x boleh berubah jadi jahat..dan kalau hari ni kita nampak orang tu jahat, tak semestinya dia x boleh berubah jadi baik..hidayah Allah tu boleh sampai kat sapa2 and kat mana2 ja..kita ni sapa la nk hukum org lain kan? iman tu boleh naik dan boleh turun..sekali org buat salah,jgn terus menghukum..menegur kan lebih bagus?




Dan lagi satu realiti masyarakat kita kalau nampak orang yg sebelum ni kurang baik cuba berubah ke arah yg lebih baik,mesti bnyak sgt komen kita kan? contoh, budak yang sebelum ni x bertudung tiba2 berubah pakai tudung, pakai baju longgar, pakai stokin, mesti bnyak sgt negative thinking kita kat budak tu kan? ada yg kata ''dia tu mengadung la tu..nak tutup perut,tu yg pakai jubah tu..'' ''berlakon ka apa dia ni? ni mesti sat ja ni..bulan depan mesti bukak balik arhh tudung tu.'' sikit sgt yg nak dekat dgn budak tu dan cuba pimpin dia ke arah yg lebih baik..bnyak sgt komen negatif yg kita bagi kat budak tu sampaikan luntur semangat budak tu nk berubah. apa salah dia? waktu dia jahat hampa kutuk. dah dia nk jadi baik pun hampa kutuk gak. hampa nak dia jadi apa sebenaqnya baru nk puas hati?? -_-'' mmg susah kan nak bagi semua orang puas hati? sangat lah susah..



Lastly, ni benda yg selalu parents pesan kat anak2 depa sebelum hantaq anak2 pi mengaji.. ''mengaji elok2..jgn kawan dengan orang pelik2..nanti hg pun jadi pelik macam depa''..tak kira lah anak depa tu mmg baik tahap heileybyte pon,ramai jugak yg masih pesan macam tu kat anak2 depa..sikit sgt yg pesan mcam ni ''pi sana mengaji elok2..kawan la dengan sapa2 pun..benda yg elok,contohi..yg x elok,jadikan teladan''..kan lagi elok kalau pesan macam tu..kalau budak2 yg 'baik' ni xberkawan dgn budak2 yg 'kurg baik' ni, then sapa yg nak tegur depa? nk bagitau depa yg benda depa buat ni xbetoi..bagitau depa yg sepatutnya depa buat mcam ni, macam ni? kalau kita tgok kat sekeliling kita pun, budak yg dikategorikan sebagai 'baik' ni mmg xbnyak pun yg berkawan rapat dengan budak 'kurg baik' ni..betul kan? semua selesa berada di dalam kelompok masing2..




Banyak lagi sebenarnya yg kita patut ubah..kalau rasa xmampu ubah semua sekaligus, ubah la sikit2..sikit2 lama2 jadi bukit kan? minta orang sekeliling tegur kalau kita buat silap..belajar untuk terima teguran..mmg susah, mmg pedih..kalau pedih sgt bila kena tegur, lebih baik diamkan diri dan check balik diri kita..betul ka salah sebenarnya benda yg kita buat tu..jangan terus marah2,jgn terus nak pertikai teguran org..kadang2 ada setengah org yg xpaham..sesetengah org berdiam diri bukan sebab dia marah bila ditegur atau nak memberontak..dia tengah gunakan masa tu untuk recheck balik salah dia tu..bagi la dia sedikit masa..ok lah,sampai sini ja lah buat masa ni..maaf kalau rasa entry ni kasar sgt..loghat kedah mmg macam ni..boleh ja nk guna bahasa baku tapi lagi selesa guna loghat ni..hehe..feel free to ask and leave a comment..kalau ada yg salah, mohon ditegur.. sekian, assalamualaikum w.b.t.. :)