Thursday, April 3, 2014

Buat adik2 Valiant Generation :)

AMARAN! Entri ini mengandungi bahasa2 rojak dan juga unsur2 sensitiviti jiwa yang menggamit memori masa lalu yang mampu membuat anda muntah atau pengsan dek kejiwangan bahasanya. Bagi yang tidak mampu membacanya, mohon tekan butang "X" di sebelah kanan atas skrin anda dengan kadar yang segera. Buat guru2 Bahasa Malaysia dan juga guru2 Bahasa Inggeris yang telah mendidik ku selama ini, sejuta kemaafan ku pinta kerana telah merosakkan bahasa. Ampunkan kesalahan anak didikmu ini yang terlalu malas untuk menggunakan bahasa baku. :(

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Buat adik2 ku Valiant Generation, junior KUPSIS;

First of all, kami nak cakap tahniah kat hampa semua atas ranking kedua dalam negeri Kedah. Hebat. Untuk yg kurang berjaya tu, jangan sedih. SPM bukan pengakhiran segalanya. Kami tak mampu nak bagi Mini Cooper mahupun ubat stapler sebagai hadiah. Jangan pulak dok mai pm nak minta claim hadiah bagai. Kecuali kalau kami ada janji dengan sapa2, mohon claim sebab kami memang pelupa. -..-

Kami tau kami mmg lambat gila nak wish tahniah bagai kat hampa. Sorie sebab langsung tak ambik apa2 inisiatif nak ucap tahniah. Nak kata sibuk sampai tak dak langsung masa even 5 minit nak wish tahniah tu, menipu sangat namanya. Frankly speaking, kami malu dengan hampa. Ya, malu. Adik2 yang kami selalu buli, marah dulu dapat result lagi hebat dari kami. Tambah2 lagi dengan adik2 Sigma. But deep inside my heart, kami bangga dengan hampa. Nakal2 hampa pun, mampu dapat result yang membanggakan. Tahniah! *clap clap clap*

Tujuan kami tulis entri ni bukan nak cari publisiti, jauh sekali nak minta belanja or kutip hutang dari hampa (unless kalau hampa ada hutang kami apa2 ka nak belanja kami ka, dengan rela hati kami terima :3 ). Entri ini di tulis untuk memberi secebis nasihat buat adik2 ku yang dulu berhingus menangis nak balik rumah sebab homesick, adik2 yang suka berlari berkejaran di koridor sampai bergegar satu aras, adik2 yang excited nak mandi hujan sampai kena ligan dengan ustazah halizan, adik2 yang mulut pot pet pot pet 24 jam tanpa henti bercerita pasal guru itu ini, adik2 yang sama2 menyorok bawah katil ponteng prep dengan kami, adik2 yang kami selalu buli, adik2 yang selalu kena marah sebab bising time kami tidur, adik2 yang suka mengambil kesempatan buli kami, adik2 yang sentiasa mengadu masalah pasal kawan2 mahupun lawan, adik2 yang mengadu kena buli dengan senior laki, adik2 yang frust menonggeng putus cinta berkali2, dan juga adik2 lain yang mempunyai seribu satu kerenah yang tak mampu nak disenaraikan di sini.

Kami sedar kami bukan orang yang layak nak bagi nasihat kat hampa semua. tapi kami xsanggup tengok hampa semua terlalu sedih mahupun gembira dengan keputusan SPM hampa sebab kami sayang hampa. Bagi yang kecewa, kami tau apa yang hampa rasa. Kami juga pernah berada di tempat hampa. Kami dah rasa. Result spm kami xgempak. Nak jumpa cikgu2 pun rasa malu. Dengan mak ayah apatah lagi. Rasa macam nak putar balik masa,nak belajar sungguh2 buat mak ayah happy. Tapi apakan daya, kami cuma makhluk biasa. Kami bukan Doraemon yang mampu kembali ke masa silam guna mesin masa. Sedih sangat masa tu sampai x menitik air mata. Kecewa dengan diri sendiri. Rasa macam xmau pi mana2 nak dok rumah ja. Jumpa kawan2 pun xmau. Malu. 

Tapi Alhamdulillah, Allah bagi kesedaran kat kami. Sedih macam mana pun, kami xkan dapat ubah apa2 unless kalau kami usaha lebih next time. Kami masuk matrik, kami usaha sungguh2. Niat nak berjaya, nak bagi mak ayah happy. Alhamdulillah, sekarang kami dapat course yang kami nak. Kami yakin, hampa pun boleh berjaya satu hari nanti. Bersangka baik dengan Allah. Mungkin Allah tangguhkan kejayaan hampa sebab Allah tengah prepare something yg much better dari apa yang hampa nak. Perancangan Allah tu lebih indah dari perancangan manusia kan? Jangan mudah mengalah. Jangan putus harapan dengan Tuhan. Kan Allah dah janji dalam surah Al-Baqarah ayat 155. Yakin dengan Allah, inshaAllah berjaya. Kalau bukan kat dunia, inshaAllah kat akhirat nanti. Kalau nak bersedih, cukup setakat masa cuti ni ja. Nanti dah dapat sambung belajar, tanam azam baru. Cari semangat yang baru. Niat nak belajar sungguh2. Ingat orang2 kat sekeliling yang sentiasa support hampa. Ingat mak ayah yang susah payah cari duit nak tengok hampa berjaya, takkan hampa sanggup nak kecewakan depa lagi? Cukup. Past is past. Leave it behind. Take it as a reminder and work harder for the future. Ingat, kalau orang lain mampu berjaya, kenapa hampa xmampu? 

Buat adik2 yang sudah berjaya dalam SPM, tahniah! Hampa semua memang hebat. Tapi ingat, jangan syok sgt. Tak salah nak enjoy. Enjoy puas2 masa cuti ni. Nanti dah dapat sambung belajar, masuk asasi or matrik, cepat2 tekan butang reset. Back to zero. kosong. Jangan terlalu seronok sampai hampa rasa tak perlu nak usaha sungguh2. Past is past. It won't guarantee your future. Dah ramai orang yang dapat straight A's spm, tapi masuk matrik, kecundang. Dapat pointer cukup makan ja. Dia rasa dia dah hebat, dia x usaha sungguh2 macam orang lain, last2 dia yang gagal. Ingat adik2, jangan biarkan kejayaan kita buat kita jadi sombong. Tu semua pinjaman Tuhan kepada kita. Bila2 masa saja, Allah boleh tarik balik nikmat kepandaian yang Allah bagi dalam bentuk cara apa sekalipun. Always be humble. Ingatkan diri sendiri, aku ada kat tahap sekarang ni bukan sebab aku hebat. tapi sebab Allah tolong aku. Orang lain tolong aku. Kalau x, aku takkan mampu ada dekat sini. 

Ok lah, dah melalut panjang sangat. Tulis panjang2 dah jadi hobi. Rindu nak berleter kat hampa sampai jadi macam ni. Tapi mampu rindu ja lah,nak jumpa berleter depan2, boleh kempunan ja lah. Segan. :p Belajar rajin2 tau adik2 semua. Kami minta maaf lama tak contact hampa. As usual, segan. Malu dengan hampa semua. haha. Kami doakan hampa semua berjaya. Usaha sungguh2. Jangan leka dengan kejayaan sementara di dunia. Akhirat jangan lupa. Hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia, jaga. Payah macam mana pun, usaha. Sabar tu penting. Jangan cepat give up. Nanti dah masuk Uni lagi susah. semua kena bergantung dengan diri sendiri. 

Apa2 pun, all the best! Sampai di sini sahaja coretan kenangan yang mampu kami taip. Ada apa2 nak minta tolong, jangan malu jangan segan. Kami sorang ja yang aci nak malu dengan hampa. :p Sekian, Assalamualaikum.

Wednesday, July 31, 2013

Coretan buatmu, teman..

Assalamualaikum w.b.t..

     Sahabat, hari ini aku mampu berdiri di sini memendam sejuta perasaan dek ketabahan  luar biasa yang aku perolehi dariNya. Seumur hidupku belum pernah aku menyayangi seorang sahabat sepertimu dan seumur hidupku jua belum pernah aku disakiti seorang sahabat sepertimu. Kesakitan ini belum pernah ku rasakan dari mana2 atau sesiapa pun. Aku tidak mengerti pada mulanya. kenapa mesti hatiku sakit sebegini? kenapa mesti engkau yg perlu aku sayang? kenapa mesti engkau yg perlu aku letakkan sepenuh kepercayaan? kenapa mesti engkau yg harus menghulurkan salam persahabatan? kenapa mesti engkau yg hadir dalam hidupku? Sungguh. aku memang tidak mengerti. berhari2 aku menangisi ujian ini. berhari2 aku tertanya2 kenapa mesti engkau? Tapi akhirnya Allah tunjukkan jua kepadaku makna di sebalik semuanya..

     Sungguh aku tidak pandai berkata2. aku tidak menegur dengan bersemuka. aku hanya pandai melahirkan segala2nya melalui coretan seperti ini. pengecutkah aku? ya. aku mmg pengecut. Aku takut melihat wajahmu tatkala aku meluahkan segalanya. aku takut jika aku tidak dapat mengawal perasaanku dan menyakiti hatimu dengan kata2ku. aku takut aku kehilangan kata2 ketika aku berhadapan denganmu. ya,aku sungguh takut. sekurangnya jika aku menulis, aku masih ada peluang untuk membetulkan ayatku sekiranya ia terlalu kasar atau terlalu emotional. engkau mungkin tidak mengerti tetapi memang ini yg ku fikirkan. mmg telah menjadi kebiasaanku sejak dari dulu lagi,beginilah caraku meluahkan perasaanku kepada teman2ku. aku tidak pandai berkata2. jauh sekali ingin menzahirkan perasaanku dengan bersemuka. aku hanyalah insan biasa sepertimu yg mempunyai banyak kelemahan jua. tidakkah kau sedar tentang hakikat itu?

     Masih ku ingat lagi detik pertama persahabatan kita. engkau menelefonku dengan tangisanmu yg masih berbaki mengadu kepadaku tentang masalahmu. sungguh aku terkejut. kenapa mesti aku yg kau cari? kenapa bukan orang lain sedangkan kita tidak rapat pun pada ketika itu. tapi akhirnya persoalan ku terjawab jua tika kau memberitahu hanya aku di fikiranmu pada ketika itu. kata kau, hati kau yakin bahawa akulah yg dapat menolong kau pada ketika itu. kau juga berasa selamat setelah engkau meluahkan segalanya kepadaku. sungguh aku gembira kerana dapat membantumu. mungkin ini petunjuk yg Allah beri buat engkau dan aku. bermula dari situlah kita mula bersahabat. mula berkongsi segala cerita. mula meluahkan bermacam2 perasaan. mula berkongsi suka dan duka. mula mengenali kelemahan dan kekuatan masing2. aku mula berubah sejak daku mengenalimu. engkau mungkin tidak tahu. tetapi setiap kali bila engkau bertanya kepadaku mengenai agama,sungguh hatiku tersentuh. biar pun ia cuma perkara basic tapi aku sangat tersentuh. umurku sudah mencecah 20-an tapi itu tidak bermakna aku harus mengabaikan perkara2 basic. kerana engkau aku mula perbaiki diriku. kerana engkau aku mula solat di awal waktu. kerana engkau aku mula perbanyakkan solat berjemaah. kerana engkau aku mula menjaga auratku. sungguh aku suka. ini diriku yg dulu yg telah lama hilang. tapi disebabkan engkau, aku mampu mengembalikannya. terima kasih sahabat. aku doakan semoga satu hari nanti, kau juga mampu untuk melakukan perubahan ini. sungguh aku bersyukur kerana Allah hadirkan engkau di sisiku.. sungguh aku sayangkan ikatan persahabatan ini..

     Sayangnya, kepercayaan itu mula terhakis dek orang ketiga. Perasaan cemburu, iri hati dan buruk sangka mula wujud. aku tidak mengerti mengapa. Aku mula terfikir adakah benar percintaan akan merosakkan sebuah persahabatan? tetapi mengapa aku dan sahabat2 yg lain biasa2 sahaja? tetapi mengapa dengan engkau perasaan itu harus wujud? dugaan apakah ini? dugaan demi dugaan mendatang. pada mulanya kita mampu bersabar tapi akhirnya kita kecundang jua. kata2 mu terlalu menyakitkan. dan perbuatanku pula disalah ertikan. sahabat, ketahuilah. tika aku marah, tika aku sedih, aku lebih suka mendiamkan diri dari berkata2. aku bimbang sekiranya aku berkata2, kata2 yg tidak sepatutnya yg keluar. aku seorang yg suka memendam. aku tidak suka menyusahkan sahabatku dengan masalah yg ku anggap remeh. bukan perangaiku juga untuk meburukkan sahabat ku di hadapan org lain. cukuplah hanya aku,dia dan Allah yg mengetahuinya. ya aku salah. salah kerana tidak jujur kepadamu. salah kerana tidak mengerti perasaanmu. ku sangka tidak perlu diluahkan segalanya kerana air muka rakanku perlu dijaga. tapi tidak ku sangka hatimu sakit. maafkan aku sahabat. aku sangka aku mampu pertahankan perhubungan ini tapi tidak. luka itu terlalu dalam. sakit itu terlalu pedih. aku tidak tahu bagaimana ingin diungkapkan semua ini. aku tidak tahu bagaimana untuk membuat engkau mengerti. kau mempunyai sejarah yg tersendiri tapi engkau tidak belajar dengan kesilapan masa lalu. kini, kau ulanginya lagi.

     satu harapanku buat mu sahabat. andai satu hari nanti perkara yg sama berulang, usahlah dikau sia2kan sahabatmu. ianya sesuatu yg terlalu sukar untuk dicari ganti. jika engkau mencari orang yg sempurna di dunia ini.,percayalah kata2 ku. engkau tidak akan menjumpainya di mana2 pun. terima kasih di atas memori ini. terlalu indah untuk digambarkan. Allah hadirkan engkau dalam hidupku untuk mengajarku sejuta erti. erti persahabatan dan juga erti perpisahan. sehingga kini aku masih belum dapat melupakan kenangan itu. hatiku sakit sahabat. sangat sakit. tapi aku sentiasa berdoa semoga Allah ikhlaskan hatiku memaafkan mu dan engkau juga ikhlas hati memaafkanku. aku doakan kebahagiaanmu di dunia dan akhirat. aku berdoa semoga Allah pertemukan kita di syurga.. terima kasih sahabat kerana hadir dalam hidupku.. :)




Monday, May 27, 2013

Lets change!

Assalamualaikum w.b.t..

Lamanya tak update blog..last update masa awal2 masuk USM..masa tu semangat berkobar2 nak cerita pasal med school..but then, semangat tu semakin lama semakin tipis gara2 penat belajar..fed up? mungkin. give up? no way! Allah bagi peluang untuk aku tunaikan impian aku takkan nak give up mcam tu ja kot..semua nie pasti ada hikmah..yakin dgn Allah! :)

Entry kali nie bukan nak cerita pasal med school lagi tapi pasal mentaliti masyarakat sekarang ni..hah? knapa tiba2 nak cerita pasal ni? saja..dah lama perhatikan betapa sempitnya minda kita..penuh dengan negative thinking instead of positive, right? Once kita diajar pasal sesuatu yg buruk, sampai mati kita akan ingat. tapi kalau benda baik, lepas dua hari pun belum tentu masih boleh ingat..

Benda paling common yg kita biasa dengar, ''dakwah tu kerja budak2 yg dok sekolah agama @ maahad tahfiz''..seriously? kalau macam tu macam mana dengan ayat2 ni?

Firman Allah S.W.T. :

وَادْعُ إِلَى رَبِّكَ إِنَّكَ لَعَلَى هُدًى مُسْتَقِيمٍ

“Maka serulah kepada Tuhanmu. Sesungguhnya engkau berada di atas petunjuk yang lurus.” (Al-Hajj 22: 67)

Allah S.W.T. berfirman lagi:

وَادْعُ إِلَى رَبِّكَ وَلَا تَكُونَنَّ مِنْ الْمُشْرِكِينَ

“Dan serulah kepada Tuhanmu dan janganlah engkau termasuk orang-orang yang musyrik (mempersekutukan Allah).” (Al-Qasas 28: 87)

Seluruh umat Islam termasuk di dalam perintah ayat-ayat ini. Sebab apa? sebab basicly, perintah Allah kepada rasulNya adalah juga perintah Allah kepada umatnya kecuali ada pengecualian. Tetapi, di sini tiada sebarang pengecualian dari perintah Allah supaya mengerjakan tugas dakwah. Ayat2 lain yg memerintahkan secara direct umat Islam untuk menjalankan amar makruf nahi mungkar ada banyak kat dalam al-Quran. Dalam hadis pon ada.
Firman Allah S.WT. :

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنكَرِ

“Orang-orang yang beriman lelaki dan orang-orang yang beriman perempuan setengahnya menjadi pembantu bagi yang lain. Mereka menyuruh dengan ma’ruf dan melarang daripada yang mungkar.” (At-Taubah 9:71)

Rasulullah S.A.W bersabda,

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

"Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran hendaklah ia mencegah kemungkaran itu dengan tangannya. jika tidak mampu, hendaklah mencegahnya dengan lisan, jika tidak mampu juga, hendaklah ia mencegahnya dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman." (H.R. Muslim)

Semua orang sebenarnya boleh jadi da'ie..dekat mana2 saja dan bila2 masa pon..boleh mula dgn diri sendiri dulu lepas tu baru orang sekeliling..persoalannya, berapa ramai yg nk jadi da'ei sebenarnya? alasan paling common yg kita selalu dengar ''aku ni belajar sekolah biasa ja..ilmu bab2 agama ni bukan bnyak pon..setakat basic boleh la..aku sendiri pun tunggang langgang..tak mau arhh jadi da'ei..budak2 skolah agama tu la sepatutnya jadi da'ei..ilmu depa bnyak''.. hurmm..tak cukup ilmu di dada? boleh belajar kan? ustaz bnyak..malah,zaman skrg nk tuntut ilmu sgt senang..dekat YouTube bnyak ceramah2, buku2 agama bnyak jual kat kedai buku..boleh kan bljar guna cara tu kalau dah malas sgt nk pi cari cikgu.? ya.,mmg belajar dgn guru tu lebih bagus tapi sebagai permulaan, boleh ja mula dgn cara macam tu..kita ni kadang2 bukan xdak masa, cuma diri sendiri yg malas nk menghadiri majlis2 agama..malas nk mencari ustaz @ustazah untuk menuntut ilmu..masa nk tengok running man ada..takkan la masa nak dengar ceramah tak dak..betul kan? kita ni alasan ja banyak tapi usaha tak tera mana pun..nak sampaikan dakwah tak perlu berkopiah, tak perlu berjubah..semua orang pon boleh jadi da'ei..anytime, anywhere..tak susah..kat blog boleh, kat facebook boleh,kat twitter pon boleh..kat mana2 ja yg mudah bagi kita..bila kita sampaikan dakwah,kita bukan tegur orang sekeliling ja tapi kita juga tegur diri sendiri jugak..those words will reflect back to you and help you to improve your own self at the same time just like killing two birds with a stone.. :)

       

Benda common jugak yang orang selalu sebut ialah ''alaahh..belajaq ja kat mana2 pon
sama ja..tgok budak skolah agama,ngaji agama pandai2 tapi ramai ja yg mengandung anak luar nikah..tgok budak UIA, pi kelas pakai jubah pakai tudung labuh, sebenaqnya bukan baik sgt pon,,nak tutup yg dalam perut tu ada baby..budak UIA pun ramai ja yg mengandung anak luar nikah''.. aku nak tnya sikit boleh? mmg kat dunia ni budak skolah agama dgn UIA ja ka yg mengandung anak luar nikah? and apa kaitan jubah dan tudung labuh dengan mengandung?? -_-
masalah kat sini, kita dari kecik lagi diajar yang budak skolah agama semua mesti baik! tak boleh buat salah sikit pun..kalau dia buat salah mmg teruk gila lah budak tu..kalau budak skolah biasa buat xpa sebab dia xbelajaq agama tinggi2 macam skolah agama. alahai...adik,kakak,abang,mak cik,pak cik,.budak skolah agama pun boleh buat silap..kami bukan maksum..semua orang boleh buat silap..jgn la pandang status skolah agama ka apa..semua orang sama ja..kalau hari ni kita nampak orang tu baik, tak semestinya dia x boleh berubah jadi jahat..dan kalau hari ni kita nampak orang tu jahat, tak semestinya dia x boleh berubah jadi baik..hidayah Allah tu boleh sampai kat sapa2 and kat mana2 ja..kita ni sapa la nk hukum org lain kan? iman tu boleh naik dan boleh turun..sekali org buat salah,jgn terus menghukum..menegur kan lebih bagus?




Dan lagi satu realiti masyarakat kita kalau nampak orang yg sebelum ni kurang baik cuba berubah ke arah yg lebih baik,mesti bnyak sgt komen kita kan? contoh, budak yang sebelum ni x bertudung tiba2 berubah pakai tudung, pakai baju longgar, pakai stokin, mesti bnyak sgt negative thinking kita kat budak tu kan? ada yg kata ''dia tu mengadung la tu..nak tutup perut,tu yg pakai jubah tu..'' ''berlakon ka apa dia ni? ni mesti sat ja ni..bulan depan mesti bukak balik arhh tudung tu.'' sikit sgt yg nak dekat dgn budak tu dan cuba pimpin dia ke arah yg lebih baik..bnyak sgt komen negatif yg kita bagi kat budak tu sampaikan luntur semangat budak tu nk berubah. apa salah dia? waktu dia jahat hampa kutuk. dah dia nk jadi baik pun hampa kutuk gak. hampa nak dia jadi apa sebenaqnya baru nk puas hati?? -_-'' mmg susah kan nak bagi semua orang puas hati? sangat lah susah..



Lastly, ni benda yg selalu parents pesan kat anak2 depa sebelum hantaq anak2 pi mengaji.. ''mengaji elok2..jgn kawan dengan orang pelik2..nanti hg pun jadi pelik macam depa''..tak kira lah anak depa tu mmg baik tahap heileybyte pon,ramai jugak yg masih pesan macam tu kat anak2 depa..sikit sgt yg pesan mcam ni ''pi sana mengaji elok2..kawan la dengan sapa2 pun..benda yg elok,contohi..yg x elok,jadikan teladan''..kan lagi elok kalau pesan macam tu..kalau budak2 yg 'baik' ni xberkawan dgn budak2 yg 'kurg baik' ni, then sapa yg nak tegur depa? nk bagitau depa yg benda depa buat ni xbetoi..bagitau depa yg sepatutnya depa buat mcam ni, macam ni? kalau kita tgok kat sekeliling kita pun, budak yg dikategorikan sebagai 'baik' ni mmg xbnyak pun yg berkawan rapat dengan budak 'kurg baik' ni..betul kan? semua selesa berada di dalam kelompok masing2..




Banyak lagi sebenarnya yg kita patut ubah..kalau rasa xmampu ubah semua sekaligus, ubah la sikit2..sikit2 lama2 jadi bukit kan? minta orang sekeliling tegur kalau kita buat silap..belajar untuk terima teguran..mmg susah, mmg pedih..kalau pedih sgt bila kena tegur, lebih baik diamkan diri dan check balik diri kita..betul ka salah sebenarnya benda yg kita buat tu..jangan terus marah2,jgn terus nak pertikai teguran org..kadang2 ada setengah org yg xpaham..sesetengah org berdiam diri bukan sebab dia marah bila ditegur atau nak memberontak..dia tengah gunakan masa tu untuk recheck balik salah dia tu..bagi la dia sedikit masa..ok lah,sampai sini ja lah buat masa ni..maaf kalau rasa entry ni kasar sgt..loghat kedah mmg macam ni..boleh ja nk guna bahasa baku tapi lagi selesa guna loghat ni..hehe..feel free to ask and leave a comment..kalau ada yg salah, mohon ditegur.. sekian, assalamualaikum w.b.t.. :)







Friday, September 28, 2012

A Trip to HUSM :D

Assalamualaikum w.b.t.. :)

Hai semua.. apa khabar? sihat?? (gaya tanya macam ramai ja yg baca blog nie..haha..) Dah 2 minggu tak update blog.. masa mula2 masuk usm dulu, berkobar2 semangat nak update blog at least 3 hari sekali.. kononnya nak cerita life experience kat cnie la kan..tapi tup tup..busy memanjang sampai semua tenaga hilang..nak perah otak nak cari idea untuk menaip pun dah xdak..bila sampai ja bilik, terus kuak lentang kat atas katil tu..haha..



Tapi xpa lah..aku akan cuba selagi mana aku mampu ya..entri kali ni aku nak cerita pasal experience aku wat practical Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).. aik? kata baru first year? nie knapa sampai practical sgala bagai nie?? haha.. practical nie bukan la maksudnya dah taw segala benda..tak tak tak..kami first year practical just melawat hospital..kenal2 dgn instrument2 and sgala macam peralatan yg ada dekat hospital tu..bukan semua la..juz yg basic2 jaa..pastu belajar cara nak ambik BP, pulse rate, body temperature, blajar nak catat sgala macam chart yg ada kat fail patient, tolong nurse buat kerja, macam2 lagi lah..seriously, mmg best sgt sgt!! and sgt memenatkan la of course.. balik bilik ja, aku rasa kaki aku dah x mampu nak pijak tanah ag dah.. mmg sakit sgt!!






Dalam block nursing nie, kami ada lecture, CSC, visit to HUSM dgn practical at HUSM.. lecture tu, sama macam lecture yg lain laa.. CSC nie, nurse ajar cara2 nak ambik BP, temperature, pulse rate, breathing rate, patient positioning.,cara basuh tangan pun ajar taw!  pastu ajar knal2 dgn benda2 basic yg ada kat hospital tu..contohnya macam nasogastric tube,  thermometer, IV fluids, nasal prongs, err..bnyak lagi lah..penat lah kalau nak tulis semua kat cnie..kalau nak taw, meh jumpa face to face..bleyh la nak ajar semua.. hihi..



aku pon xtaw lah apa yg dia cuba lakukan dgn patung nie -.-



Bed making :)

Yg event 'visit to HUSM' tu plak, kami ada melawat certain2 unit la..xbkeyh la nak pi semua..event nie separuh hari jaa..kalau nak melawat semua mmg xsmpat laa.. kitorg dibahagikan kepada 3 group ; A, B, and C.. aku group C.. first unit yg group aku melawat ialah unit radiologi..disebabkan kitorg group yg first, staf yg ada masa tu macam blur2 ag nak bawak kitorg pegi mana..so last2, diorg juz bagi sikit briefing pasal radiologi and then tunjuk kitorg bilik2 yg ada kat ctu..contoh macam bilik MRI, CT scan, X-ray, and yg lain2 aku xengat dah nama apa..haha... tapi group kitorg juz tgok pintu bilik tu jew..kitorg x masuk..sebab masa tu,yg guide kitorg ialah doktor pelatih..so dia pon xberani nak pandai2 bawak kitorg masuk bilik tu coz ada certain bilik yg sterile..tapi group2 yg lain dapat chance masuk bilik2 nie..untung lah diorg kan bleyh tgok sbdri sgala jenis mesin yg ada dalam bilik tu..kitorg tgok pintu bilik jew.... pastu unit yg second,kitorg pergi unit pemulihan (fisioterapi).. kat cnie, kitorg pergi tgok bengkel diorg nak wat kaki palsu..staf yg guide kitorg tu bagitaw, kat HUSM diorg juz wat kaki palsu jew..coz tngan palsu mostly robotik..sebab tu diorg xbuat..and then kitorg pergi kat pemulihan cara kerja plak..kat cnie kitorg x masuk pon..juz berdiri depan pintu jew kitorg terlalu ramai and patient pon ramai..kesian plak kat patient tu kalau kitorg bersesak2 kat ctu kan.. and then kitorg bergerak plak ke gimnasium..kat ctu ada macam2 alat la untuk memudahkan patient wat terapi..kat dalam gym ni, ada satu bilik kecik..kat bilik tu ada tempat terapi untuk kanak2...kat ruang nie, bukan semua org yg masuk..sapa yg stay lama kat gym tu ja yg berpeluang masuk bilik nie..and disebabkan aku stay lama kat ctu, (sebab smbang dgn sorg mak cik yg tgah wat terapi untuk kaki) so aku pun berpeluang la masuk ke bilik tu..kawan2 yg lain ramai yg masuk ke ruang tu untuk main cecair lilin..salah satu terapi untuk kulit..sorry lah sbb sesuka hati ja bagi nama 'terapi lilin' tu sebab aku pon xtaw apa nama terapi tu sebenarnya,,haha..masa kawan2 aku tgah sibuk main lilin kat tangan diorg, aku pulak sibuk tgok kanak2 wat terapi.. masa tu ada 2 org adik yg tgah wat terapi kat ctu and both of them had down syndrome.. seriously kesian tgok diorg.. yg sorg tu umur baru 2 tahun..yg lagi sorg 9 tahun kot kalau x silap..masa tu diorg macam malu2 ckit sebab ada org lain yg tgok diorg wat terapi tu kan..tapi lepas kitorg support diorg, terus diorg macam lagi bersemangat nak wat terapi tu.. rasa sedih sgt tgok terapi diorg..benda yg sgt sgt basic contoh macam berdiri, angkat kepala sambil baring and etc..kesian kan? kalau untuk budak2 normal, biasanya dalam umur stahun dah boleh kuasai semua tu dah..tapi diorg...masa tu, terus aku terfikir, kita sepatutnya bersyukur dan tidak merungut dgn apa yg kita ada..org lain lagi bnyak kekurangan tapi still diorg berjuang untuk teruskan hidup jugak..kita sebagai seorg yg sempurna x sepatutnya terlalu cepat mengalah..aku berdoa semoga Allah akan terus memberi kekuatan dekat adik2 tu untuk meneruskan perjuangan diorg.. aminn..
Next unit is 'unit pembekal alatan sterile(UPAS)'.. kat unit nie, aku xtaw sgt nak cerita apa coz nie unit yg terakhir..kitorg dapat tgok lah macam mana diorg uruskan alatan2 yg digunakan kat hospital tu. start dari basuh, asingkan alatan, then bungkus, then sterile and then simpan dalam stor barangan sterile sebelum diagihkan kepada wad2 atau bilik OT yg memerlukan alatan tu..kat sini, aku rasa terkedu tgok bermacam2 jenis alat yg digunakan kat OT (operation theater).. aku xtaw la macam mana doktor hafal semua alatan tu coz diorg punya bentuk and saiz lebih kurg sama jaa..xbnyak yg beza pon..huhu..


Antara alat yang ada di UPAS

Here come the most interesting part.. PRACTICAL IN HUSM!! hahaha.. event nie mmg sgt sgt memenatkan..tapi BEST!! Kami dibahagikan kepada 8 group untuk event nie..aku xsure sama ada 8 or 7..coz the first group should be the seniors..most of the lecture diorg xdtg so aku xsure sama ada diorg join event ni or x..kalau diorg x join, ada 7 group je laa..before pergi ke wad, kitorg diberi 1 buku log..kitorg kena completekan at least 70% of the book..complete camna?? dalam buku tu ada la column2 tertentu yg berkaitan dgn nursing procedure contoh macam measuring vital signs..kalau kita observe or wat sndri bnda tu, nanti nurse akan sign la dkat column tu..macam tu laa caranya nak completekan log book nie.. masa first day, first wad yg group aku dapat ialah wad perubatan perempuan.. aku rasa wad nie la wad yg paling tough..nak dapat 1 tandatngan pon susah..bukan sebab wad tu sgt busy kew ape..tapi sebab staff nurse dgn sister dalam wad tu bnyak soal sbelum diorg bagi tandatangan.. so, kalau korg pergi wad tu dgn information yg zero pasal nursing nie, mmg korg keluar wad tu dgn buku log yg bersih tanpa sebarang kesan pen laa..haha..untuk medications, before dia tnjuk kat kita cara2 nak bagi patient ubat, staff nurse tu tnya dulu 'apa 6 step yg kamu perlu buat before bagi ubat kat patient?'..masa tu aku mmg blur gila..terus aku tertanya2 'aik? dalam kuliah ada ajar ka bnda nie?' haha..terok snggoh laa..nampak sgt la aku ''concentrate'' time kuliah kan....haha..naseb baik la group members aku bleyh jawab soalan tu..lau x, mmg kosg la kan log book kitorg..haha..kitorg stay kat wad perubatan tu dari pukul 8.30 pagi sampai pukul 10.30 pagi.. pukul 10.30 pagi kitorg pergi wad pediatrik plak..WAD FAVOURITE AKU!! haha..dekat wad nie la kitorg penuhkan log book kitorg..staff nurse yg guide kitorg tu seriously sgt baik..dia sain semua column yg ada dalam log book tu..hahaha..best giler camtu! cuma ada la certain part yg mmg xdak kat wad pediatrik tu and dia xbleyh nak tunjuk kat kitorg..so, dia x sain la..contoh macam wound dressing..kat wad pediatrik mana la nak ada procedure tu..kat wad surgery ada laa..habis ja staff nurse tu sain buku kitorg, kitorg terus ucap terima kasih then balik bilik tido! haha..kaki mmg sakit sgt..macam xdapat nak cecah tanah dah..lenguh gila!!



aku punya log book ;p


nie la contoh column yang kitorg kena penuhkan dalam log book tu


ada gaya macam tulisan doktor x? haha.. please jangan tanya aku maksud every words yang aku tulis tu.. tulisan aku 'cantik' tu bukan sebab aku in a rush ok..tapi sebab aku xpaham apa yg doktor tulis dekat kertas dalam fail patient tu.. so, aku pon tiru la sebiji2 apa yg dia tulis.. or should i say melukis? it seems like an art to me.. XD

Second day plak, group aku dapat posting kat wad post-natal!! waaaaa...bestnya!! banyak baby!! haha..masa dekat wad nie, mmg enjoy sgt sgt..log book dah penuh so xpayah sibuk2 nak wat bnda tu bnda ni dah..just enjoy yourself jaa..masa mula2 sampai, kitorg juz jalan2 sembang2 dgn patient...tgok baby..nak dukung x berani ag masa tu..hihi..dekat wad tu, ada sorg patient dapat anak kembar..dua2 laki..dia cakap, genetik family dia and husband dia xdak pon kembar..dia pon xsangka nak dapat anak kembar..BESTNYA!! nak baby kembar gak..!! haha.. Pastu, kitorg dapat peluang tgok nurse cucuk BCG dekat baby..sngat unik sbb BCG nie intradermal injections (cucuk bawah lapisan kulit) bukan subcutaneous injections(cucuk kat lemak)..jarum juz masuk sikit jaa bawah lapisan kulit..first time aku tgok jenis injection macam nie..ada baby yg nanges..tapi sekejap ja la..bila jarum keluar, diorg dah xnanges dah..hebatnya..ada certain baby tu, x nanges langsung..dia tido jaa..lagi hebat! haha..lepas kena cucuk BCG, staff nurse ajak kitorg tgok dia nak mandikan baby plak..masa tu rasa excited sgt!! kitorg pergi usung semua troli baby pergi kat bilik mandian tu..hahaha..ada setengah org dapat chance mandikan baby tu sendiri..aku x berani lagi so aku juz tlong sikit2 je laa..cuci mata and muka baby jaa..nak cuci tali pusat pon aku x berani even nurse tu beria2 bagitau aku yg baby tu xrasa sakit pon..huhu.. ada sorg baby tu, dah siap mandi..tapi mak dya xdak kat ctu..masa aku tgok kawan aku dukung baby tu, masa tu la timbul keinginan di hati aku nak dukung baby tu..and guess what..AKU DUKUNG BABY TU!! haha.. rasa a bit weird laa..aku xpernah ag dukung baby yg umur sehari nie..paling kecik aku pernah dukung pon umur sebulan..tu pon aku takot gila..bila dukung yg umur sehari rasa best sgt!! ringan gilaa..tiba2 rasa macam nak cepat2 kawen plak..nak baby jugak!! hahaha.. sepatutnya kitorg just stay situ sampai pukul 10.30 pagi jaa,,tapi aku hentam sampai pukul 11.00 pagi..haha..pukul 11.00 pagi aku trpaksa keluar jugak dari wad tu even aku xnak sebab pukul 11.30 pagi aku ada kelas english..awww..sedih... tapi xpa..nanti bila aku free, aku nak pi lagi jalan2 kat situ! haha..



banyak x baby? ni semua tengah tunggu turn nak mandi nie.. nie baru sikit..ada lagi banyak lagi baby yg datang lepas tu.. haha..


nie la kembar yang aku cakap tu.. dua2 baby boy.. yg atas katil tu abang, yang didukung tu adik.. yg adik nie manja sikit.. dua2 comel!! ^_^


awww... comelnya!! nak kawen!!!  XD


kesiannya..sejuk yew...sabar yew comel.. hihi.. :D

Sudah lah tu..dah terlalu panjang dah entri ni aku rasa..haha.. feel free to leave your comment ok.. and if u have something in your mind that u want to ask me, then ask in the comment box.. i'll answer if i know..hehe..then, till next time.. bye.. assalamualaikum and have a nice dreams everyone.. :)

Friday, September 14, 2012

early introduction to a doctor life :)

Assalamualaikum w.b.t..

Dah berapa hari dah xmenaip nie..huhu..bukan xdak idea tapi malas nak menaip..haha..hurmm..nak crita pasal apa ek? blur plak rasa tiba2..haa..pagi tadi aku ikot kakak senior third year pergi hospital..mmg best sgt sgt!! first2 kami masuk wad ibu bersalin..kat ctu nmpak baby yg kecik2 jaa dok tido sebelah mak diorg..tiba2 wujud satu perasaan dlam diri aku..weee..bestnya dah dpat baby..nak kawen jugak!!! hahaha..naluri seorg ibu yg xdpat dipisahkan dari mana2 kaum hawa..haha..kami masuk wad tu sat jaa sbb takut patient x selesa plak.. kesian plak kat baby tu nak tido..maklum laa..kitorg pergi melawat tu awal pagi lgi..pastu kitorg pergi tgkat 7 plak..wad perubatan..urmm..dlam wad nie ada macam2 penyakit..kebanyakkan semua dah tua2 dah..umo dlam 30 ke atas kot..aku x berminat sgt dgn wad nie..nmpak suram jaa..hew3..kami dok wad nie sat ja pastu terus kluar..kami pi tngkat 6 plak..wad yg paling aku tnggu2..WAD PEDIATRIK!! haha..aku suka budak2 sgt sgt sgt!! tapi bila masuk wad nie, hati aku rasa tersentuh..sedih tgok budak2 yg still kecik lagi suffer macam2 pnyakit..even ada some disease tu, aku xpenah taw pon wujud..haha..ada sorg budak tu, sakit hasil kesan dri pembedahan..kesian plak aku tgok..pastu kami pergi wad pediatrik yg bahagian  onkologi plak..kat wad nie serius aku rasa air mata aku nak menitik..kalau kita tgok budak2 2, mmg rasa sedih sgt sgt sgt!! baru umur 2 tahun tapi dah suffer penyakit yg boleh membawa maut..ada lukemia, kanser..sedih kan? ada sorg adik nie umur 2 tahun..masa aku pergi tu dia tgah smbang and main dgn penjaga dia..mula2 aku engatkan penjaga tu mak dia tapi rupanya mak chik dia..bila aku tnya mana mak dya, mak cik tu jawab, ''mak dia ada kat wad bawah..dah nak bersalin dah(ckap loghat kelantan laa..aku xtaw nak tulis cmna..haha)''..waktu tu aku rasa sedih sgt..dah lah adik tu ada sakit leukemia..pastu yang menjaga dia bukan mak dia plak tu..kesian kan? esok bila dia dah dpat adik baru, mesti lagi kurg perhatian yg mak ayah dia dpat bagi kat dia..sedih sgt aku tgok adik tu.. aku tnya kakak senior tu, 'normally brapa lama patient leukemia nie bleyh survive? ada yg sembuh sepenuhnya x?' kakak tu jawab, ''depends on patient tu jugak laa..kalau antibodi dia kuat, dia boleh survive lama..kalau nk kata sembuh sepenuhnya tu, mmg susah laa..kimoterapi nie just tlong diorg untuk panjangkan hayat diorg jaaa..tapi side effect dia mmg bnyak..'' waktu tu aku mmg tahan air mata aku dari menitik..sedih sgt2..(baru tgok patient sakit..xtgok lagi patient mati..kalau patient mati, agaknya aku pengsan terus kot..huhu..) ada lagi 2 org patient nie, masa aku pi tu xde penjaga kat katil dye..ada 2 org budak atas katil tu..sorg dok maen game..ag sorg tu, nurse tgah ambik BP dye..mula2 aku rasa pelik gak, mana parents adik nie? mana satu patient nie? bila aku pi dekat2, baru aku realize yg sebenarnya diorg dua2 patient kat ctu..sorg tu kat mata dia macam ada ketumbuhan kat mata dia..kepala diorg,dua2 besar..pastu macam nmpak urat kpala yg timbul..aku xtaw diorg sakit leukemia or cancer..aku nk tnya adik tu sndri, mcm la dia tau dia sakit apa kan..umur pon baru 9 tahun..mna nak taw apa2 lagi..adik aku yg umur 10 tahun pon xtaw apa2 lagi..nak tnya parents,parents diorg xde plak..aku cuma mampu berdoa dalam hati moga2 penyakit diorg akan cepat sembuh..sedih aku tgok budak2 kecik menderita sakit kronik yg bleyh membawa maut nie..diorg still xtaw apa2..still boleh gelak2 lagi..diorg xtaw yg anytime jew diorg akan pergi meninggalkan dunia nie..mmg la mati tu akan datang bila2 masa n kat sapa2 pon xkira la sakit or sihat kan..tapi bila tgok budak2 kecik suffer penyakit2 yg kronik nie, serius satu perasaan muncul dlam diri aku..macam 1 semangat tiba2 wujud dalam diri aku..aku bertekad yg aku akan belajar bersungguh2 dan inshaAllah akan menjadi pakar pediatrik satu hari nanti..semoga Allah akan permudahkan perjalanan hidup aku..aku juga berharap semoga satu hari nanti aku akan dapat berkhidmat kepada masyarakat tanpa memikirkan kepentingan diri aku sendiri.. aminn.. cukop lah kot setakat nie..lain kali plak lah aku post cerita lain plak kat cnie..hihi..until next time, tata and assalamualaikum.. :)


hee~~ x sabar nak pi hospital! XD


satu hari nanti aku nak jadi pakar pediatrik.. inshaAllah..  :D


hospital universiti sains malaysia :)

Monday, September 10, 2012

The Journey Has Begin..

Assalamualaikum.. waahh..lamanya x menaip!! sebelum ni rasa malas nk tekan keyboard nk perah idea semua2 nie.. tapi sejak dah menjadi perantau nie, tiba2 jari jemari nie rasa rindu plak nk menaip..more to nk release streess actually..hihi.. dah masuk minggu kedua aku dok kelantan nie,.. and sekarang aku dah bergelar MEDICAL STUDENT!!! waahh..bunyi mcm glamour jaa..tapi~~~~ perghh.. rasa mcm nk pengsan ja tgok buku2 medic nie..baru bukak buku anatomi, otak dah xdapat nk function at the moment.. haha.. (susahnya nk belajar medik nie..)kalau nk ikotkan hati, mmg aku nk tukar course skrg nie gak.. but, bila dah fikir pasal family, susah payah diorg semua dtg hntar aku kat cnie..bayar yuran dah beribu2..xkan aku nk give up mcm tu ja kan? at least i should try my best.. the only thing yg motivate aku kat cnie is MY FAMILY..



HOMESICK??  kalau nk tnya pasal homesick, mungkin org akan pikir aku x homesick sbb dah biasa dok hostel since form 1 ag kan? but, to be honest, aku mmg sgt sgt HOMESICK!! haha.. minggu first kat cnie mmg tiap2 malam asyik nangis jaa..tapi aku x cita la kat sapa2..malu weii.. haha..bila dah masuk second week nie, ok dah ckit kot..xdak la nangis sgt..tapi kdg2 bila teringat family tu, meleleh jugak la air mata..hihi..sampaikan ada satu hari tu, aku turun cafe nk beli makanan.. pastu aku ternampak ada air jagung..teringat yg adik2 aku suka minum air tu.. huisyhh..tiba2 ja hujan kat muka aku..haha.. cpat2 naik bilik tak makan dah.. haha.. bunyi mcm lawak ja kan? teruk snggoh la aku nie.. 



suasana di kelantan?? hmm..cmna nk ckp yew..ntah lah..tapi lau tnya aku bab makanan, aku bleyh la jawab.. haha..cukop sebulan aku dok cnie, maybe sugar dlm darah aku naik.. haha.. skrg lau beli air ape2 pon, aku mesti tmbah air suam skali sbb mmg manis sgt sgt.!! tapi bnda yg pling aku suka pasal klntan nie is brng diorg for example, baju n tdung mmg sgt murah compared to kedah..lau kat kedah, tdung harga rm10 tu pling murah r tu.. tpi kat cnie rm7 pon bleyh dpat ag..kat kedah, sorie laaa~~~ since aku still baru ag kat klntan ni, so x bnyak lgi la tmpt yg aku explore..aku just explore stakat depan usm nie jaa..nk pi tmpt jaoh2 lmbt ag la kot..yg kat dpan usm nie pon tak hbis explore ag.. haha..



ape lagi ek nk crita?? hurmm.... hah? air?? hahaha.. aku engat lagi,. dulu kat kedah kalau bukak paip nmpk air warna kuning, mmg aku xkn sentuh lgsg air tu.. air kotor.. nanti badan aku gatal..haha.. kononnya la kan~~ tapi dok kat cnie, kalau aku nk tnggu air tu putih baru nk mandi, hmm.. mmg x mandi la aku jawabnya~~~ hahaha..but,apa2 pon aku still bersyukur.. at least kat cnie aku still ada air nk mandi,minum mkan pakai n sbgainya.. kat ngara lain, nk dapat setitik air pon ckop susah.. so, bersyukurlah dgn apa yg kita ada..even badan aku gatal2 sikit sbb air tu skng nie, tapi aku xkisah..sementara badan nak biasakan diri, mmg cmtu lah kan.. nanti dah lama2 ok la tu.. inshaAllah..

hmm..cukop kot stakat ni dulu..nk cita pnjg2 pon, hari ni baru hari kedua aku masuk lecture..so, xde bnda sgt la nk cita pon.. pa2 pon, lecturer kat cnie mmg da best! kdg2 aku xrasa pon diorg smua mcm lecturer..rasa mcm kakak, abang mak n ayah aku plak..baik sgt!! hopefully diorg akan still mcm tu smpai aku hbis fifth year kat cnie..huhu.. inshaAllah kalau idea baru muncul, aku akan menulis lagi..terima kasih kepada semua yg telah mendoakan kejayaan saya di sini..inshaAllah saya akan berusaha dgn bersungguh2 untuk meneruskan perjuangan saya di sini.. aminn.. assalamualaikum.. :')

Thursday, September 15, 2011

sUkaNya~~ =DD

assalamualaikum....


wahh..lama bebenor rasa ehh xmelawat site nie..dah bersawang dah pown..labah2 pon dah membiak sampai ke berapa generation ntah..heh3..

Alarhh..bukan saja2 xnak update blog..,tapi busy bebenor den nie   hah..kalah PM..! haha..ok larhh..entry kali nie aku nak cita pasal life aku as a matriculation student.,.korang rasa, best x study matrix nie..? org slalu ckap matrix nie susah..iye kew..??

hurmm..bagi aku.,susah or x matrix 2 depends on individu 2 sendiri larhh..kalau dya boleh sesuaikan diri.,then it will be just a piece of cake for them.,but if not, then their life will change into a total disaster.!! hahaha..

kalau orAng tanya aku life kat matrix best or x..,aku jawab, best sgt3!!! tapi kalau org tanya, exam camna?? aku diam jaa..HAHAHA..

Sebenarnya study kat matrix xdak larh teruk sangat..boleh jaa kalau nak enjoy.,tapi kena pandai2 la divide masa 2..and of course.,masa nak enjoy 2 mmg teramat sikit larhh..huhu..tapi aku xkisah..,dah boleh duduk dgn kawan2 dah cukup untuk buat aku rasa enjoy.. =)

pEsTa TaNgLuNg

meo0ww.. =P

aten husna.. =)

zAtI n tIn nAnI  =p

budak gediks.. =P


kalau ekutkan ati.,nak jaa ambik C-Mart 2 bawak balek KMK.. ;D

amenda la budak nie..  =o

FaeZatUl  FaeZah..!! =L

mona n me.. =)

mona, aku n esah.. =Y

luve u so0 muchh!!

my dearest darling., mun n wina.. =)

aku, jong, aten n leha.. kami nak gi outing!!! =DD




Bagi aku, its ok kalau wifi kat kmk 2 xdak sekali pown or lembap kalah siput pown.,aku xkesah..aku bleyh hidup lagi..tapi kalau kawan2 aku xdak..,mmg aku sangat2 kesah!! silap ari bulan aku boleyh mati kat kmk 2..huhu..


to ALL MY DARLINGS, I LAP U SO MUCH!!
EVEN AMPA SELALU CAKAP AKU WAYAR POWN.,AKU XKESAH COZ AKU JADI WAYAR DGN AMPA SUMA JAA..HAHAHA.. 

ok larh..,that's all untuk kali nie..hope next time aku akan ada masa lagi untuk bercerita...tata semua..see u again next tyme.., assalamualaikum n gud nyte! =D