Wednesday, July 31, 2013

Coretan buatmu, teman..

Assalamualaikum w.b.t..

     Sahabat, hari ini aku mampu berdiri di sini memendam sejuta perasaan dek ketabahan  luar biasa yang aku perolehi dariNya. Seumur hidupku belum pernah aku menyayangi seorang sahabat sepertimu dan seumur hidupku jua belum pernah aku disakiti seorang sahabat sepertimu. Kesakitan ini belum pernah ku rasakan dari mana2 atau sesiapa pun. Aku tidak mengerti pada mulanya. kenapa mesti hatiku sakit sebegini? kenapa mesti engkau yg perlu aku sayang? kenapa mesti engkau yg perlu aku letakkan sepenuh kepercayaan? kenapa mesti engkau yg harus menghulurkan salam persahabatan? kenapa mesti engkau yg hadir dalam hidupku? Sungguh. aku memang tidak mengerti. berhari2 aku menangisi ujian ini. berhari2 aku tertanya2 kenapa mesti engkau? Tapi akhirnya Allah tunjukkan jua kepadaku makna di sebalik semuanya..

     Sungguh aku tidak pandai berkata2. aku tidak menegur dengan bersemuka. aku hanya pandai melahirkan segala2nya melalui coretan seperti ini. pengecutkah aku? ya. aku mmg pengecut. Aku takut melihat wajahmu tatkala aku meluahkan segalanya. aku takut jika aku tidak dapat mengawal perasaanku dan menyakiti hatimu dengan kata2ku. aku takut aku kehilangan kata2 ketika aku berhadapan denganmu. ya,aku sungguh takut. sekurangnya jika aku menulis, aku masih ada peluang untuk membetulkan ayatku sekiranya ia terlalu kasar atau terlalu emotional. engkau mungkin tidak mengerti tetapi memang ini yg ku fikirkan. mmg telah menjadi kebiasaanku sejak dari dulu lagi,beginilah caraku meluahkan perasaanku kepada teman2ku. aku tidak pandai berkata2. jauh sekali ingin menzahirkan perasaanku dengan bersemuka. aku hanyalah insan biasa sepertimu yg mempunyai banyak kelemahan jua. tidakkah kau sedar tentang hakikat itu?

     Masih ku ingat lagi detik pertama persahabatan kita. engkau menelefonku dengan tangisanmu yg masih berbaki mengadu kepadaku tentang masalahmu. sungguh aku terkejut. kenapa mesti aku yg kau cari? kenapa bukan orang lain sedangkan kita tidak rapat pun pada ketika itu. tapi akhirnya persoalan ku terjawab jua tika kau memberitahu hanya aku di fikiranmu pada ketika itu. kata kau, hati kau yakin bahawa akulah yg dapat menolong kau pada ketika itu. kau juga berasa selamat setelah engkau meluahkan segalanya kepadaku. sungguh aku gembira kerana dapat membantumu. mungkin ini petunjuk yg Allah beri buat engkau dan aku. bermula dari situlah kita mula bersahabat. mula berkongsi segala cerita. mula meluahkan bermacam2 perasaan. mula berkongsi suka dan duka. mula mengenali kelemahan dan kekuatan masing2. aku mula berubah sejak daku mengenalimu. engkau mungkin tidak tahu. tetapi setiap kali bila engkau bertanya kepadaku mengenai agama,sungguh hatiku tersentuh. biar pun ia cuma perkara basic tapi aku sangat tersentuh. umurku sudah mencecah 20-an tapi itu tidak bermakna aku harus mengabaikan perkara2 basic. kerana engkau aku mula perbaiki diriku. kerana engkau aku mula solat di awal waktu. kerana engkau aku mula perbanyakkan solat berjemaah. kerana engkau aku mula menjaga auratku. sungguh aku suka. ini diriku yg dulu yg telah lama hilang. tapi disebabkan engkau, aku mampu mengembalikannya. terima kasih sahabat. aku doakan semoga satu hari nanti, kau juga mampu untuk melakukan perubahan ini. sungguh aku bersyukur kerana Allah hadirkan engkau di sisiku.. sungguh aku sayangkan ikatan persahabatan ini..

     Sayangnya, kepercayaan itu mula terhakis dek orang ketiga. Perasaan cemburu, iri hati dan buruk sangka mula wujud. aku tidak mengerti mengapa. Aku mula terfikir adakah benar percintaan akan merosakkan sebuah persahabatan? tetapi mengapa aku dan sahabat2 yg lain biasa2 sahaja? tetapi mengapa dengan engkau perasaan itu harus wujud? dugaan apakah ini? dugaan demi dugaan mendatang. pada mulanya kita mampu bersabar tapi akhirnya kita kecundang jua. kata2 mu terlalu menyakitkan. dan perbuatanku pula disalah ertikan. sahabat, ketahuilah. tika aku marah, tika aku sedih, aku lebih suka mendiamkan diri dari berkata2. aku bimbang sekiranya aku berkata2, kata2 yg tidak sepatutnya yg keluar. aku seorang yg suka memendam. aku tidak suka menyusahkan sahabatku dengan masalah yg ku anggap remeh. bukan perangaiku juga untuk meburukkan sahabat ku di hadapan org lain. cukuplah hanya aku,dia dan Allah yg mengetahuinya. ya aku salah. salah kerana tidak jujur kepadamu. salah kerana tidak mengerti perasaanmu. ku sangka tidak perlu diluahkan segalanya kerana air muka rakanku perlu dijaga. tapi tidak ku sangka hatimu sakit. maafkan aku sahabat. aku sangka aku mampu pertahankan perhubungan ini tapi tidak. luka itu terlalu dalam. sakit itu terlalu pedih. aku tidak tahu bagaimana ingin diungkapkan semua ini. aku tidak tahu bagaimana untuk membuat engkau mengerti. kau mempunyai sejarah yg tersendiri tapi engkau tidak belajar dengan kesilapan masa lalu. kini, kau ulanginya lagi.

     satu harapanku buat mu sahabat. andai satu hari nanti perkara yg sama berulang, usahlah dikau sia2kan sahabatmu. ianya sesuatu yg terlalu sukar untuk dicari ganti. jika engkau mencari orang yg sempurna di dunia ini.,percayalah kata2 ku. engkau tidak akan menjumpainya di mana2 pun. terima kasih di atas memori ini. terlalu indah untuk digambarkan. Allah hadirkan engkau dalam hidupku untuk mengajarku sejuta erti. erti persahabatan dan juga erti perpisahan. sehingga kini aku masih belum dapat melupakan kenangan itu. hatiku sakit sahabat. sangat sakit. tapi aku sentiasa berdoa semoga Allah ikhlaskan hatiku memaafkan mu dan engkau juga ikhlas hati memaafkanku. aku doakan kebahagiaanmu di dunia dan akhirat. aku berdoa semoga Allah pertemukan kita di syurga.. terima kasih sahabat kerana hadir dalam hidupku.. :)




No comments:

Post a Comment