Thursday, April 3, 2014

Buat adik2 Valiant Generation :)

AMARAN! Entri ini mengandungi bahasa2 rojak dan juga unsur2 sensitiviti jiwa yang menggamit memori masa lalu yang mampu membuat anda muntah atau pengsan dek kejiwangan bahasanya. Bagi yang tidak mampu membacanya, mohon tekan butang "X" di sebelah kanan atas skrin anda dengan kadar yang segera. Buat guru2 Bahasa Malaysia dan juga guru2 Bahasa Inggeris yang telah mendidik ku selama ini, sejuta kemaafan ku pinta kerana telah merosakkan bahasa. Ampunkan kesalahan anak didikmu ini yang terlalu malas untuk menggunakan bahasa baku. :(

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Buat adik2 ku Valiant Generation, junior KUPSIS;

First of all, kami nak cakap tahniah kat hampa semua atas ranking kedua dalam negeri Kedah. Hebat. Untuk yg kurang berjaya tu, jangan sedih. SPM bukan pengakhiran segalanya. Kami tak mampu nak bagi Mini Cooper mahupun ubat stapler sebagai hadiah. Jangan pulak dok mai pm nak minta claim hadiah bagai. Kecuali kalau kami ada janji dengan sapa2, mohon claim sebab kami memang pelupa. -..-

Kami tau kami mmg lambat gila nak wish tahniah bagai kat hampa. Sorie sebab langsung tak ambik apa2 inisiatif nak ucap tahniah. Nak kata sibuk sampai tak dak langsung masa even 5 minit nak wish tahniah tu, menipu sangat namanya. Frankly speaking, kami malu dengan hampa. Ya, malu. Adik2 yang kami selalu buli, marah dulu dapat result lagi hebat dari kami. Tambah2 lagi dengan adik2 Sigma. But deep inside my heart, kami bangga dengan hampa. Nakal2 hampa pun, mampu dapat result yang membanggakan. Tahniah! *clap clap clap*

Tujuan kami tulis entri ni bukan nak cari publisiti, jauh sekali nak minta belanja or kutip hutang dari hampa (unless kalau hampa ada hutang kami apa2 ka nak belanja kami ka, dengan rela hati kami terima :3 ). Entri ini di tulis untuk memberi secebis nasihat buat adik2 ku yang dulu berhingus menangis nak balik rumah sebab homesick, adik2 yang suka berlari berkejaran di koridor sampai bergegar satu aras, adik2 yang excited nak mandi hujan sampai kena ligan dengan ustazah halizan, adik2 yang mulut pot pet pot pet 24 jam tanpa henti bercerita pasal guru itu ini, adik2 yang sama2 menyorok bawah katil ponteng prep dengan kami, adik2 yang kami selalu buli, adik2 yang selalu kena marah sebab bising time kami tidur, adik2 yang suka mengambil kesempatan buli kami, adik2 yang sentiasa mengadu masalah pasal kawan2 mahupun lawan, adik2 yang mengadu kena buli dengan senior laki, adik2 yang frust menonggeng putus cinta berkali2, dan juga adik2 lain yang mempunyai seribu satu kerenah yang tak mampu nak disenaraikan di sini.

Kami sedar kami bukan orang yang layak nak bagi nasihat kat hampa semua. tapi kami xsanggup tengok hampa semua terlalu sedih mahupun gembira dengan keputusan SPM hampa sebab kami sayang hampa. Bagi yang kecewa, kami tau apa yang hampa rasa. Kami juga pernah berada di tempat hampa. Kami dah rasa. Result spm kami xgempak. Nak jumpa cikgu2 pun rasa malu. Dengan mak ayah apatah lagi. Rasa macam nak putar balik masa,nak belajar sungguh2 buat mak ayah happy. Tapi apakan daya, kami cuma makhluk biasa. Kami bukan Doraemon yang mampu kembali ke masa silam guna mesin masa. Sedih sangat masa tu sampai x menitik air mata. Kecewa dengan diri sendiri. Rasa macam xmau pi mana2 nak dok rumah ja. Jumpa kawan2 pun xmau. Malu. 

Tapi Alhamdulillah, Allah bagi kesedaran kat kami. Sedih macam mana pun, kami xkan dapat ubah apa2 unless kalau kami usaha lebih next time. Kami masuk matrik, kami usaha sungguh2. Niat nak berjaya, nak bagi mak ayah happy. Alhamdulillah, sekarang kami dapat course yang kami nak. Kami yakin, hampa pun boleh berjaya satu hari nanti. Bersangka baik dengan Allah. Mungkin Allah tangguhkan kejayaan hampa sebab Allah tengah prepare something yg much better dari apa yang hampa nak. Perancangan Allah tu lebih indah dari perancangan manusia kan? Jangan mudah mengalah. Jangan putus harapan dengan Tuhan. Kan Allah dah janji dalam surah Al-Baqarah ayat 155. Yakin dengan Allah, inshaAllah berjaya. Kalau bukan kat dunia, inshaAllah kat akhirat nanti. Kalau nak bersedih, cukup setakat masa cuti ni ja. Nanti dah dapat sambung belajar, tanam azam baru. Cari semangat yang baru. Niat nak belajar sungguh2. Ingat orang2 kat sekeliling yang sentiasa support hampa. Ingat mak ayah yang susah payah cari duit nak tengok hampa berjaya, takkan hampa sanggup nak kecewakan depa lagi? Cukup. Past is past. Leave it behind. Take it as a reminder and work harder for the future. Ingat, kalau orang lain mampu berjaya, kenapa hampa xmampu? 

Buat adik2 yang sudah berjaya dalam SPM, tahniah! Hampa semua memang hebat. Tapi ingat, jangan syok sgt. Tak salah nak enjoy. Enjoy puas2 masa cuti ni. Nanti dah dapat sambung belajar, masuk asasi or matrik, cepat2 tekan butang reset. Back to zero. kosong. Jangan terlalu seronok sampai hampa rasa tak perlu nak usaha sungguh2. Past is past. It won't guarantee your future. Dah ramai orang yang dapat straight A's spm, tapi masuk matrik, kecundang. Dapat pointer cukup makan ja. Dia rasa dia dah hebat, dia x usaha sungguh2 macam orang lain, last2 dia yang gagal. Ingat adik2, jangan biarkan kejayaan kita buat kita jadi sombong. Tu semua pinjaman Tuhan kepada kita. Bila2 masa saja, Allah boleh tarik balik nikmat kepandaian yang Allah bagi dalam bentuk cara apa sekalipun. Always be humble. Ingatkan diri sendiri, aku ada kat tahap sekarang ni bukan sebab aku hebat. tapi sebab Allah tolong aku. Orang lain tolong aku. Kalau x, aku takkan mampu ada dekat sini. 

Ok lah, dah melalut panjang sangat. Tulis panjang2 dah jadi hobi. Rindu nak berleter kat hampa sampai jadi macam ni. Tapi mampu rindu ja lah,nak jumpa berleter depan2, boleh kempunan ja lah. Segan. :p Belajar rajin2 tau adik2 semua. Kami minta maaf lama tak contact hampa. As usual, segan. Malu dengan hampa semua. haha. Kami doakan hampa semua berjaya. Usaha sungguh2. Jangan leka dengan kejayaan sementara di dunia. Akhirat jangan lupa. Hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia, jaga. Payah macam mana pun, usaha. Sabar tu penting. Jangan cepat give up. Nanti dah masuk Uni lagi susah. semua kena bergantung dengan diri sendiri. 

Apa2 pun, all the best! Sampai di sini sahaja coretan kenangan yang mampu kami taip. Ada apa2 nak minta tolong, jangan malu jangan segan. Kami sorang ja yang aci nak malu dengan hampa. :p Sekian, Assalamualaikum.

2 comments:

  1. Hai kak Yun :) ingat lagi dak kami, Eyka? Budak sigma jugak, hehe. Tahniah kak yun sebab nak jadi doctor dah yeahh! Doakan kami supaya dapat jadi macam ka Yun jugak tau, Salam ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami ingat semua budak sigma. semua hingaq. haha. inshaAllah hampa semua ada dalam doa kami. blajaq rajin2. don't give up no matter what happen. Chaiyokkk!! :D

      Delete